Setelah sekian lama tak update blog ini, kali ini aku rasa terpanggil untuk mengulas mengenai trend filem di Malaysia sekarang, especially genre seram dan misteri.
Kebelakangan ini, aku akui memang kerap menonton filem2 seram Malaysia, walaupun sebenarnya diri ini taklah seberani mana. Tukar angin. Aku penggemar filem2 bersifat ketenteraan dan peperangan. Sekali sekala je melayan genre seram. Itu pun kalau housemate ada sekali...
Antara filem terbaru yang sudah ditonton ialah filem bercorak indie, Penunggu Istana.
Kalau dengar tajuk je, memang dengar menarik. Start je filem, bila terus nampak pengkaji paranormal terkenal Malaysia, terus mengeluh......''alaaaah, mamat ni ke?...''
1. Filem Penunggu Istana yang berlatarbelakangkan Istana Billah, Perak memang benar2 wujud, bukannya set rekaan (sangkaan aku meleset).
2. Antara babak pada awal filem ialah bagaimana mereka berkunjung dan memasuki bangunan lama yang dipercayai sebuah masjid yang sudah tidak digunakan.
3. Sebelum masuk ke masjid, mereka memberi salam. Bagus. TAPI, mereka semua masuk kedalam dengan BERKASUT. Itu tindakan yang bagi aku tidak beradab dan kurang cerdik. Walaupun masjid tersebut sudah usang dan tak digunakan lagi, ia masih lagi sebuah masjid.
4. Mari berfikir secara logik. Apa yang akan kita buat sekiranya kita dapat merasakan something wrong pada sesuatu tempat? Tiba-tiba terdengar bunyi desiran angin, suara2 yang mendayu2 di tengah malam contohnya? Ya, budak tadika pun tahu ape yang patut kita buat. CABUT laaahh!
5. Sebaliknya yang berlaku, dengan beraninya mereka tetap stay di Istana tersebut dengan tujuan "merungkai misteri"yang berlaku di sekitar kawasan tersebut. Duhh.... ape yang kita dapat dengan membuktikan wujudnya entiti2 tersebut? Nothing. Al-Quran dah lama membuktikan kepada manusia tentang kewujudan jin dan syaitan sejak 1400 tahun lebih dahulu.
6. Kajian yang dilakukan tak dapat membantu langsung pembangunan minda masyarakat Malaysia yang memang pun sudah berada pada kelas ke- 3.Terus terang saya rasakan, membuktikkan kewujudan hantu dan makhluk-makhluk halus ini, tak membantu kemajuan agama, bangsa dan negara.
7. Orang luar negara dah lama mencipta roket, Program Angkasa Appollo etc. In fact, Space Shuttle Program sudah pun diberhentikan. Rakyat Malaysia? Sibuk membuktikan kewujudan hantu dan makhluk ghaib. Mungkinkah kita boleh mencipta teknologi Teleport dengan membuktikan kewujudan dimensi lain?
8. Sudah2 lah dengan lambakan filem seram di Malaysia. Disamping hanya menambahkan bilangan kanak2 yang semakin kurang berani (untuk keluar ke jamban waktu malam), kerap menonton filem seram telah dibuktikan secara klinikal dan psikologi, kurang bagus untuk perkembangan otak yang sihat.
9. Berikut merupakan petikan sinopsis filem Penunggu Istana yang dicopypaste dari wikipedia (sebab malas nak habiskan movie). "Hari berikutnya mereka menggunakan kemenyan dan tuala wanita yang kotor untuk menyeru penuggu istana tersebut. Pada sebelah malamnya, Amar dimasuki penuggu tersebut. Selang beberapa malam kemudian, Amar sekali lagi dimasuki penunggu tersebut dan bertindak membunuh Mus dan Fira. Cuma Sarah yang terselamat."
10. Seriously?! tuala wanita? Sanggup pulak mereka gunakan benda yang kotor macam tu, demi menyeru keluar makhluk ghaib tu...kerja yang sia-sia.
11. Satu lagi filem seram yang sempat ditonton, Dilarang Masuk. Antara filem yang paling banyak aku komen ketika menonton filem.
12. Filem ini mengisahkan tentang 4 orang sekawan yang tumpang bermalam di sebuah rumah yang telah ditinggalkan, selepas sesat mencari jalan pulang. Eventually, hari semakin gelap dan mereka mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di rumah tersebut. Ketika mengexplore rumah tersebut, mereka terjumpa 3 mayat yang terbiar mereput dan disisi salah seorang mayat tersebut, sepucuk pistol dijumpai.
13. Tak lama kemudian, a stash of money bernilai hampir RM 3 juta dijumpai dan memang seperti yang aku agak, duit tu bakal menjadi punca mereka berempat bergaduh. Pistol? Mungkin ada yang akan mati ditembak. Mungkin. Itu hanya tanggapan awal.
14. First thing first. Ketepikan logic reason macam mana mereka bole memecah masuk and decide to stay for one night. Apa yang aku kurang boleh terima ialah, mereka berempat tahu di dalam rumah tersebut ada mayat. I mean mayat!
15. One thing yang aku rasa menarik apabila menonton filem terutamanya produk tempatan ialah meneka ending filem tersebut. Siapa sebenarnya yang jahat, siapa pembunuh sebenarnya, siapa mak tiri budak tu dan macam-macam lagi.
Last but not least, satu lagi filem seram yang suka untuk saya ulas ialah filem "Skrip 7707" yang mengisahkan tentang seorang pengarah filem seram yang ingin mendapatkan idea2 untuk menghasilkan filem seram.
Logiklah sikit. Sekalipun nak mendapatkan mood seram untuk menghasilkan karya, tak perlulah sampai mengadakan group brainstorming di kubur Cina. Walaupun beramai-ramai, tanyalah pada sesiapa pun, kubur bukanlah tempat yang sesuai untuk berbincang.
Mood dan jalan cerita saya akui memang agak menyeramkan. Cuma kurang logik pada latar belakang... kubur Cina.
Next fim, Damping Malam (2010). Sinopsis mengenai filem Damping Malam: Kisah ini mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang bahagia. Pasangan suami isteri, Wadi dan Ku Khalira yang dikurniakan seorang anak perempuan tunggal, Nuraiza. Gangguan demi gangguan yang dialami Aiza di asrama dan dirumah turut menghantui Wadi, yang akhirnya meminta bantuan rakan baiknya, seorang ustaz untuk mengesan punca gangguan tersebut. Punca akhirnya dikenalpasti berpunca dari Ku Khalira yang meminta bantuan pendamping (makhluk halus), tanpa mengetahui akibat yang bakal diterima jika mengingkari perjanjian dengan makhluk tersebut.
Persoalan dan perkara2 yang aku tak puas hati dengan logiknya jalan cerita ini (trivia):
1) Nuraiza tahu dia selalu diganggu. Kenapa masih nak ke tandas tanpa berteman?
2) Nuraiza sering ternampak jelmaan 'makhluk' tersebut yang menyerupai senior sekolahnya. Ada babak yang memaparkan Nuraiza menegur 'senior'nya yang sedang duduk termenung di kawasan sekolah pada waktu malam. Selalunya jika kita berasa tak sedap hati..... JANGAN TEGUR dan BLAH cepat2 laa dari kawasan tu.
3) Ada babak Nuraiza dirasuk di kawasan asrama pada waktu malam. Ketika itu Ku Khalira yang datang untuk mengambil anaknya terus melulu masuk ke kawasan asrama. Tak berkunci ke asrama perempuan tu? Senang2 je orang luar boleh masuk...
4) Ustaz Bakri yang pertama kali dijemput kerumah untuk membantu menyelesaikan misteri dirumah Wadi. Ketika mula sampai kerumah, Wadi masih belum pulang dari kerja, tetapi Ku Khalira telah menjemput Ustaz tersebut untuk menunggu kepulangan Wadi di dalam rumah. Takkan Ustaz tak tahu hukum? Isteri tak boleh membenarkan lelaki lain yang bukan muhrim untuk masuk ke rumah ketika ketiadaan suami, walaupun ada orang lain selain mereka berdua (Umi Siah).
5) Macam mana Umi Siah boleh tahu Ustaz Bakri bekerja di Masjid Putra? Wadi tak pernah pun bagitahu tempat kerja Ustaz Bakri pada Umi Siah.
6) Ada babak dimana Wadi mengesyaki Umi Siah melakukan sesuatu yang berunsur mistik di dalam bilik Umi Siah. Asap penuh berkepul-kepul didalam bilik. Kemenyan mungkin. Secara logiknya, memang dah kena marah dah Umi Siah. Peliknya, asap tak pula keluar melalui bawah pintu.
..........
..........
..........
Dan banyak lagi sebenarnya filem-filem yang hendak aku komen. Apa-apa pun, Malaysia pengarah2 filem Malaysia sebenarnya mampu menghasilkan filem yang berkualiti. Jujur saya katakan, saya tertunggu-tunggu penghasilan karya hebat suatu masa dahulu seperti Leftenan Adnan.
Zaman sekarang, memang kurang filem-filem yang bertemakan semangat patriotik dan ketenteraan. Minta maaf, pendapat saya agak bias. Maklumlah, saya memang peminat tegar filem bercorak aksi dan ketenteraan.
Mungkin pengarah- pengarah filem di Malaysia boleh berkerjasama dengan pihak Kementerian Pertahanan untuk mengabadikan kisah-kisah pertempuran perajurit-perajurit yang tak direkodkan. Percayalah, penggemar-penggemar filem tempatan sudah lama dahagakan filem berkonsepkan ketenteraan.
p/s: Cukup muak dengan lambakan cerekarama yang banyak mengetengahkan isu masalah sosial, masalah remaja, derhaka kepada ibu bapa etc. Kadang-kadang terfikr juga. Memanglah tujuan filem itu dibuat untuk menyedarkan masyarakat dan seterusnya memberi pengajaran dan peringatan.
Tapi sebaliknya, realiti kehidupan masyarakat kian menjad-jadi kearah tersebut. Mungkin perkara-perkara yang buruk, tak perlulah dilakonkan dan dipaparkan di khalayak umum. Bimbang menjadi perangsang untuk cuba melakukan perkara yang sama.
No comments:
Post a Comment
What do you say?・どう思いますか?