Friday, October 9, 2009

Elephant oversea you can see...germs in front of your eyes, you cannot see ah..

Assalamualaikum w.b.t

Sorry, tajuk posting ni agak gila sikit. Pun intended. OKlah..Gajah di seberang laut boleh nampak, tapi kuman di depan tidak nampak. Ya, peribahasa Bahasa Melayu yang saya berkenan untuk ulas. Sudah menjadi seakan biasa, kita nampak kelebihan yang ada pada orang lain, tapi kita lupa atau memang tak nampak dengan kelebihan yang ada pada diri kita sendiri. Baiklah, straight to the point, saya tak berminat untuk memberi ceramah motivasi di sini.

Aku mulakan dengan sedikit ulangkaji sejarah Tingkatan 3. Hubungan Malaysia dan Singapura. Negara Malaysia terbentuk secara rasmi pada 16 September 1963. (Tolongla jangan tertukar dengan tarikh 31 ogos 1957!). Negara Malaysia tertubuh hasil daripada laporan dari Suruhanjaya Cobbold (Cobbold Commission), yang bertanggungjawab melakukan bancian ke atas penduduk Sabah dan Sarawak, samada mahu menyertai Malaysia atau tidak. Pada 1963, Singapura yang diterajui Lee Kuan Yew bersetuju untuk menyertai Malaysia. Tetapi, pada 9 Ogos 1965, Singapura mengambil keputusan berpisah dengan Malaysia, dan tertubuhlah apa yang dikenali hari ini sebagai Republik Singapura.

Tamat bahagian sejarah. Jom tinjau sedikit sebanyak mengenai dunia politik dan ketenteraan
negara Singapura. Singapura merupakan sebuah negara kepulauan berkeluasan 692.7km persegi. Ia dikelilingi Malaysia dan Indonesia. Pada masa itu, Singapura masih lagi mentah dari sudut pertahanan dan ketenteraannya. Apabila Singapura merdeka pada tahun 1965, angkatan tentera Singapura hanya terdiri daripada dua rejimen infantri di bawah perintah pegawai British serta terdiri daripada bukan penduduk Singapura. Negara kecil yang dikelilingi jiran-jiran lebih besar ini merasai perlunya untuk mengembangkan angkatan tenteranya.Kebetulan, tahun yang sama jugaklah Perang Enam Hari antara Mesir dan israel terjadi. Dipendekkan cerita, israel menang, manakala tentera Mesir mengalami kekalahan yang agak memalukan. Berita kemenangan israel, negara haram yang terbentuk pada 1948, menewaskan tentera Mesir dengan nisbah tentera yang ramai menarik perhatian Singapura. Banyak persamaan antara israel dan Singapura. 1: Kedua-dua negara ini masih muda (baru ditubuhkan). 2: Sempadan negara yang kecil. 3: Dikelilingi negara2 yang boleh dianggap hostile.

Secara senyap2, Singapura meminta bantuan penasihat ketenteraan dari israel untuk membantu menubuhkan asas tentera Singapura (hari ini dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Singapura, SAF).

Kalau kita lihat hubungan Malaysia- Singapura ini dari sudut ketenteraan, memang diakui aset pertahanan Malaysia sangat jauh ketinggalan berbanding Singapura. Ya, Singapura merupakan sekutu rapat amerika, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan negara "pakcik Sam" selain Filipina. Singapura sehingga kini, mendapat untung hasil pemindahan teknologi ketenteraan antara negara itu dengan amerika. Pesawat pejuang F-15 misalnya banyak ditempah oleh Singapore Air Force. Ada juga khabar angin mengatakan republik itu sudahpun menempah pesawat F-35 JSF, pesawat kedua tercanggih selepas F-22 Raptor. Sebaliknya, Malaysia, sebuah negara berkecuali (tidak menyebelahi blok kapitalis atau blok komunis) menghadapi pelbagai masalah berhubung pembelian senjata, lebih2 lagi buatan amerika. Contohnya, pesawat F/A18 Hornet Malaysia yang sudah lama tidak diupgrade seperti yang sepatutnya. Sistem avionik dan persenjataan pada pesawat ini hanyalah pada tahap asas dengan sedikit saja penambahbaikan.

Masalah hubungan antara 2 negara ini seperti kontrak penjualan air mentah ke Singapura, pertindihan kawasan sempadan dan pencorobohan ruang udara negara oleh tentera negara jiran hangat diperkatakan sejak 1997 lagi. Apa pentingnya diplomasi? 'If diplomacy fails to produce results, war can sometimes lay a basis for diplomats to achieve them'
. Untuk itu, tahap kesiapsiagaan mana2 tentera di dunia ini adalah amat penting. Tidak terkecuali pihak ATM. Dikhabarkan, jika terdapat mana2 konflik serantau (terutama yang membabitkan Indonesia atau Singapura), pilot2 TUDM akan standby di pesawat masing-masing 24 jam untuk scramble ke kawasan konflik dengan pantas. Betul atau tidak, tidak dapat pula dipastikan. Namun apa yang pasti, ketika konflik Ambalat yang kembali hangat pada hujung Mei 2009 ini, menunjukkan TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Ambalat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

So, apa kaitan semua ni dengan peribahasa yang aku cakap di atas tadi? Kaitannya, ada segelintir rakyat yang kurang yakin dengan kemampuan ATM dalam menghadapi sebarang konflik yang tidak diingini. Jika dilihat pada ruang forum, terutama yang membanding-bandingkan kekuatan antara ketiga-tiga negara ini, Malaysia mungkin kalah dari sudut bilangan aset ketenteraan (berbanding Singapura) dan bilangan anggota tentera yang aktif, tidak termasuk pasukan simpanan (berbanding Indonesia dan Singapura). Kekuatan Tentera Darat ATM ialah kira2 80,000 orang manakala Indonesia seramai 328,517 orang. Takut kan? Aset ketenteraan milik Singapura...., jauh lebih moden dan banyak berbanding Malaysia. Di forum atau youtube misalnya, Malaysia selalu dibahan oleh forumers2 lain. Dikatakannya Malaysia lambat dari segi pemodenan tentera dan sebagainya. Ini tak termasuk lagi pandangan ahli2 politik, baik pembangkang atau kerajaan, yang mengatakan pembelian aset ketenteraan sebagai membazir wang rakyat, tak cukup moden dan sebagainya. Belum lagi mengenai rasuah atau komisen dalam pembelian aset ketenteraan dan sebagainya.

Bersesuaian dengan tajuk, biarlah saya defend ATM. Pertamanya, mari kita lihat Dasar Pertahanan Negara. 'Dasar pertahanan menggariskan tiga asas utama, iaitu kepentingan-kepentingan strategik negara, prinsip-prinsip pertahanan dan konsep pertahanan'. Faham? ATM berorientasikan konsep defensif berbanding ofensif, walaupun memang ada saying yang mengatakan ' The best defense is to attack (offense)'. Maka, memadailah aset ketenteraan yang difikirkan perlu oleh ATM. Perlu diingat, ini zaman moden. Bukan zaman perang dulu-dulu, kena naik kuda, ada pasukan pemanah, formasi dan sebagainya. I mean it literally. Perang zaman dulu, ya, bilangan tentera sangat penting dan mungkin menentukan menang-kalah satu-satu pertempuran. Menyedari hal inilah, ATM begitu menitikberatkan pembangunan modal insan di kalangan anggota tentera. Memang betul jumlah anggota tentera Malaysia sedikit, tetapi pernahkah kita dengar anggota tentera kita ramai yang terlibat dengan rasuah? Tak pernah kan? Kalau pernah dengar sekalipun, memang rare case. Tengok pulak cogankata infantri TD. 'Satu peluru, satu musuh'. Cogankata ini memang membayangkan ketepatan dan akurasi yang tinggi dalam menembak, sekaligus membayangkan kualiti yang terdapat dalam anggota ATM. Back to basic, kualiti lebih penting dari kuantiti.


Tak perlu pun sebenarnya nak membanding-bandingkan tentera milik negara mana yang hebat. Dalam perang, macam2 boleh terjadi. Taktik, muslihat dan tak terkecuali keajaiban boleh berlaku. Kalau nak cari di internet tentang 'Top 10 Best Armed forces in the world' contohnya, ketepatan data boleh dipertikaikan sebenarnya. Siapakah yang menilai data2 itu? Dari mana sumbernya? Mesti terdapat sedikit unsur bias dalam penilaian. Pendek kata, semua pasukan yang bergelar Special Force di dunia ini memang sudah terlatih dalam peperangan khusus. Kalau tak, apa guna perkataan 'special' tu. So, yakinlah dengan keupayaan ATM dalam mempertahankan Malaysia.

Kebanyakan dari kita terlalu mengagungkan sangat apa saja yang berkaitan barat. Tak terkecuali Jepun. Pendapat tokoh2, falsafah, fesyen atau apa saja yang datang dari eropah atau amerika pasti mendapat sambutan hangat di Jepun. Pelik. Jepun kalah pada amerika dalam World War 2, but still mengagung-agungkan musuh lamanya itu. Ironinya, Jepun menjadi antara sekutu kuat amerika pada zaman ini. Jom belajar sejarah lagi. Kali ni pasal negara Jepun. Pada zaman dulu,
negara Jepun mengamalkan polisi negara tertutup, tidak menjalankan hubungan diplomatik dengan mana2 negara luar. Namun, setelah kedatangan 'The Black Ship' yang diketuai oleh Commodore Matthew Perry, sejarah mula berubah. Pemerintahan Shogun yang bermula seawal tahun 794 akhirnya berakhir dengan revolusi yang lebih dikenali sebagai Bakumatsu, 'The end of shogunate'. Dari situ Jepun mula menjalin hubungan perdagangan dan diplomasi dengan dunia. Samurai, golongan yang suatu ketika dulu begitu dihormati, hilang pekerjaan dan akhirnya menjadi penjenayah sehingga hari ini yang dikenali dengan nama Yakuza. Pakaian tradisional Jepun, kimono dan sebagainya semakin pupus, diganti dengan pakaian barat. Sehingga kini, memang susah untuk mencari orang yang memakai kimono sepanjang masa di Jepun, kecuali pada musim2 perayaan. Agama dan kepercayaan orang2 Jepun seperti Buddha dan Shinto kian lapuk. Jangan terperanjat, ramai penduduk Jepun yang bangga tidak mempunyai agama. Mereka bukan atheist. Mereka hanya mengikut apa yang dirasakan menarik. Contoh, upacara perkahwinan mungkin dijalankan mengikut kepercayaan kristian/shinto manakala upacara kematian mungkin mengikut agama kristian.

Antara blog yang turut aku follow ialah blog milik Tun Dr. Mahathir. Antara tajuk posting beliau yang masih baru bertajuk 'Malaysian Industries'. Aku bersetuju dengan pandangan beliau mengenai mentaliti masyarakat kita yang masih ragu2 tentang produk buatan tempatan dan lebih mengutamakan brand-brand ternama dari luar negara. Please la. Show some support in Malaysian products. Tak luak pun. Jepun misalnya, betul2 menghargai produk buatan tempatan. Busuk2 pun, boleh jumpa lagi barang made in Japan kat kedai 100 yen. Orang2 Jepun memang kisah pasal harga, tapi diorang lebih kisah pasal kualiti sesuatu barang. Kereta Malaysia misalnya, aku tengok makin lama makin bagus teknologi negara kita. Memang aku akui, kereta keluaran Proton dan Perodua hampir semuanya berasaskan design asal kereta Jepun. Jangan pelik, memang ada kereta perodua kembara, wira, satria, kancil, kenari dan banyak lagi yang serupa design dengan kereta Malaysia. Tapi tak kisahlah semua tu sebab company kereta Jepun memang ada join venture dengan company kereta Malaysia.

As a conclusion, lepas penat merapu, dari hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia-Singapura sampailah sejarah Jepun dan Singapore, satu je conclusion aku nak cakap.
Support our own product and believe in what we have. Tak payah sibuk2 nak compare itu-ini dengan negara lain. Ahli2 politik yang lantang mengcondemn ATM tentang betapa teruknya latihan komando di Malaysia tu aku cuma nasihatkan. Ada sebab kenapa ATM buat sedemikian pada komando2 kita. Kepada diorang jugak, tak rugi berbelanja untuk pertahanan pada masa aman ni. Dalam Al-Quran pun ada kata. Wajib bagi pemerintah sesebuah negara untuk memperuntukkan perbelanjaan negara dalam bidang pertahanan. So, apa yang kerajaan buat, beli Sukhoi ke kapal selam Scorpene ke, memang betul lah. Memang itu keperluan ATM zaman sekarang ni. Antara quote yang terkenal berbunyi: 'One who wish to live in peace, must first prepare for war'.

p/s: Artikel ini langsung tidak berniat untuk menggalakkan peperangan atau kebencian antara negara saya, Malaysia dan Singapura mahupun Indonesia. Artikel ini ditulis berdasarkan pandangan penulis secara peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak. Maaf jika ada menyinggung mana2 pihak. Lagi satu. Gambar paling awal tu ialah sea elephant. So.. paham2 jela pe kaitannya dengan tajuk.

No comments:

Post a Comment

What do you say?・どう思いますか?