Friday, February 26, 2010

Nakata dan seluar dalam kait-nya.

Assalamualaikum w.b.t

Alkisah...Alkisah maka tersebutlah kisah, (ok, jangan sambung. Aku tahu korang semua suka P.Ramlee dan Pendekar Bujang Lapok. sudah2 la tu.)

Berikut merupakan karangan dari bekas pensyarah penulis, yang kini sedang berkhidmat di Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya. Sebuah pertandingan ucapan dalam Bahasa Melayu telah dianjurkan di kalangan pensyarah-pensyarah dari Jepun. (Kenapa ayat saya skema sebegini, anda akan faham selepas membaca teks di bawah.)

Seluar Dalam Kait

Selamat Sejahtera. Nama saya Toshihiro Moriyama.

Saya mahu bercerita tentang musim dingin di Jepun dan trauma saya
Tahukah anda seluar dalam kait?Disebabkan cuaca sejuk di Jepun pada musim dingin, sesetengah ibu bapa menyuruh anaknya memakai seluar dalam kait. Semasa di sekolah rendah, saya kurus dan lemah. Saya selalu cirit-birit pada musim dingin. Ibu bapa saya risaukan kesihatan saya jadi mereka suruh saya pakai seluar dalam kait. Tetapi saya tidak mahu memakainya sebab jika budak lelaki pakai seluar dalam kait, adalah sangat memalukan.
Dan seluar dalam kait saya sangat comel dengan lukisan beruang. Kalau kawan saya melihatnya, mereka akan ketawa dan membuli saya. Biasanya, mereka tidak tahu saya memakainya.

Tetapi, pada hari ada kelas Pendidikan Jasmani, mereka boleh tahu kerana saya mesti salin pakaian. Kemudian mereka pasti ketawakan saya. Saya rasa sangat malu. Jadi, pada hari ada kelas Pendidikan Jasmani, saya berpura-pura pakai seluar dalam kait. Kemudian saya sembunyikannya di dalam laci meja dan pergi ke sekolah. Tetapi, pada suatu hari saya terlupa saya ada kelas Pendidikan Jasmani. Saya pergi ke sekolah dengan memakai seluar dalam kait.

Tiba-tiba, semasa kelas Matematik, sebaik sahaja saya teringat, muka saya berubah menjadi biru. Saya berfikir, macamana ni, macamana ni... (;゚д゚)Selepas kelas Matematik, semua orang mula salin pakaian sukan. Tetapi saya tidak boleh salin...(>.<)Saya berfikir lagi apa yang perlu dilakukan. Oh!ya! saya patut tanggalkan seluar dalam kait di tandas.(*。*)Saya berlari ke tandas. Selepas itu, saya pastikan tiada orang di dalam tandas dan tanggalkan seluar dalam kait.
Tiba-tiba, Nakata yang sama kelas dengan saya masuk ke dalam tandas.

Kenapa saya tidak tanggalkan seluar dalam bilik tandas, orang Malaysia pasti hairan. 
Pada masa itu di Jepun, masuk di dalam bilik tandas adalah lebih memalukan daripada pakai seluar dalam kait.

Seluar kait saya telah dilihat oleh Nakata! ヽ(゚Д゚)ノ Kemudian Natata berkata “A!”. Dia memandang muka saya lalu tersengih( ̄ー ̄) dan keluar dari tandas. Saya hampir pengsan.
Nakata pulang ke kelas dan mungkin memberitahu kepada semua orang. Saya fikir, nama panggilan saya ialah ‘seluar dalam kait’ selepas ini. Kemudian, saya tanggalkan seluar dalam kait dan berlari ke halaman sekolah. Selepas itu, saya sembunyikannya di bawah pokok dan pulang ke kelas.

Bila saya masuk ke dalam kelas, saya dengar suara “seluar dalam kait! ”Semua orang sudah tahu!Saya hampir pengsan lagi. Tetapi sebenarnya, mereka ketawa apabila melihat sesuatu. Ianya adalah Nakata. Sebenarnya, Nakata pun pakai seluar dalam kait. Mereka ketawa dan menjerit “seluar dalam kait! seluar dalam kait!”(`∀´)/Kemudian, sambil menangis (T_T) Nakata berkata “Moriyama pun pakai !”. Semua orang memandang ke arah saya.

Saya salin pakaian sukan dengan diam.dah tentu saya tidak pakai seluar dalam kait. Saya bertentangan mata dengan Nakata seketika. Saya fikir dia sangat sedih. “Jangan bohong!” mereka semakin membuli Nakata. Nama panggilan Nakata ialah ‘seluar dalam kait’.
Tetapi, di dalam hati, saya fikir saya adalah pengkhianat sejak hari itu.
Saya menjadi trauma dengan perkara ini.
Saya teringat akan perkara ini apabila tiba musim dingin yang sejuk.
Kalau saya terus tinggal di Malaysia yang panas, trauma ini mungkin dapat terpadam.

Sekian, terima kasih.

Nak tergelak? Jangan laa~~. At least diorang (orang2 Jepun) ada insentif untuk belajar Bahasa Melayu, bahasa yang asing bagi mereka. Kebanyakan orang Jepun lebih mengenali Bahasa Indonesia berbanding Bahasa Malaysia. Kenapa ek?

p/s: Still wondering, dari mana istilah seluar dalam kait tu datang.

*This is a direct copy text. Jangan pelik sangat kalau ada salah ejaan and grammar. *

No comments:

Post a Comment

What do you say?・どう思いますか?