Sunday, December 13, 2009

Fenomena drama di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah siap pun kerja2 translation The Arrival. Special thanks to Google Translate, Wakan, Wikipedia for providing information and proper translation for those entries. Entri kali ni adalah entri yang ke-50. Betul, muda lagi blog aku ni. Bila birthdate blog aku ni? 17 ogos 2009. Baru 4 bulan umur blog aku ni rupanya kan. As a 50th entry, aku berkenan nak bercerita tentang 1 fenomena, demam or whatsoever you call yang baru habis melanda Malaysia. Bagi hardcore2 yang selalu menghabiskan masa depan TV pasti tahu berkenaan entry kali ini. Ye, setiap jumaat malam sabtu, 9:00 malam, TV3. 'Nur Kasih', drama bersiri Melayu yang berjaya mencipta fenomena bukan saja di Malaysia, di Amerika, UK, middle-east, Europe dan tempat aku, Jepun. Hebatkan drama Melayu ni? Bersifat global. Wherever you are, we connect you.

Setiap malam sabtu, aku akan stay sampai ke subuh. Nak dekat2 pagi nanti, lebih kurang pukul 6:30 pagi, barulah aku akan melayari website TV3 untuk follow drama ni. Honestly speaking, bila aku dengar member2 bercerita tentang drama ni, my first impression is, drama Melayu memang out of my to-watch-list. Kenapa? Most of the drama sebelum ni, baru tengok 2,3 episod, anda mampu menjangka bagaimanakah ending drama itu. Hebat orang Malaysia ni sebenarnya. We have a great intuitive ability, able to expect what to happen. HAHA.

Fenomena drama di Malaysia yang memberi kesan pada aku ni seingat aku bermula sejak aku sekolah rendah lagi. Masa tu, setiap Isnin hingga Jumaat akan ditayangkan drama kantonis di TV3. One of my favourite is 'Journey to the west', cerita berunsurkan agama Buddha. Favorite aku tentulah Sun Wukong, takkanlah si khinzir tu pulak. Dulu2 balik saja dari sekolah agama, terus menghadap TV, sampailah darjah 6. Mak aku selalu suruh aku mandi time 18:30. Disebabkan drama tu habis pukul 19:00 (lebih tepat lagi 18:55), aku ada satu taktik yang amat berkesan. Disebabkan pengalaman sejak kecil, aku boleh agak bila iklan akan ditayangkan. In this case, drama kantonis biasanya ada iklan starting at 18:25 sampai 18:32 lebih kurang. Supaya tak miss drama, aku selalu tengok TV dengan towel, ready to scramble to toilet on the commercial break. Mandi pulak memang mandi kerbau, nak cepat punya pasal. Sayang kalau terlepas. Bukan boleh replay balik. Adik aku pulak bertindak sebagai Early Warning System, dia akan alert aku yang kat dalam bilik air, memberitahu drama dah start. Memang kronik fenomena drama TV3 dulu.

Kadang2 disebabkan terlalu asyik sangat menonton drama kantonis ni, mak aku selalu marah. Sebab tengok cerita 'kafir' katanya. Takut terpesong akidah. Namun begitu, aku tetap berusaha tengok jugak drama kantonis ni. Yelah, bukannya semua drama bersifat ketuhanan. Ada yang bersifat medikal, sejarah and so on. So dari situlah minda aku sedikit berkembang. Paling sengal, aku cuba belajar sikit2 perkataan dan frasa dalam kantonis. Pergi sekolah esoknya, aku akan tanya member2 Cina sekolah aku apa maksud perkataan2 tu. Aktiviti menonton drama ni boleh mencecah tahap nak bergaduh. Sebab, who owns the remote (controller), he/she owns the TV. Disebabkan aku dan adik2 aku je yang tengok drama ni, selalunya akulah yang memiliki kuasa mutlak keatas TV tu. Bila malam, turn untuk mak aku pulak tengok TV. Ayah aku biasanya tengok TV tengah malam, lepas balik dari kerja.

Drama filipina pulak

Masuk sekolah menengah, drama Amerika-Latin pula yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Mis Tres Hermanas, Yo Soy Betty la fea, Maria Mercedes dan paling mencetus fenomena, Rosalinda. Betapa hebatnya pengaruh drama rosalinda ni, semasa episod terakhir Rosalinda, hampir semua student lelaki di sekolah aku pergi ke kelas prep pukul 16:00. Yang peliknya, takde pulak warden ke cikgu ke yang datang menghambat. Nampak sangat semua orang khusyuk melayan Rosalinda. Last episode la katakan. Tak cukup drama Amerika-Latin, drama Filipina pun orang Malaysia layan. Pangako Sayo dan Sana'y Wala Nang Wakas contohnya, memang popular sehinggakan cikgu2 aku ramai yang layan drama tu bila time prep. Kadang2 sebab nak tau apa jadi, aku pun pergilah bilik guru, konon2 nak tanya soalan. Sambil2 tu jeling2 la jugak.

Dari dulu sampai sekarang, aku memang kaki drama. So, bila dengar orang2 sekeliling aku bercerita tentang 'Nur Kasih'ni, personaliti lama aku pun resurrected. Pada mulanya aku agak skeptikal mendengar tajuk drama yang agak 'bunga-bunga' ni. Tapi disebabkan member2 aku yang boleh dikatakan pious pun layan jugak drama ni, I decided to start watching it. Believe it, 1st time tengok kat youtube, terus aku layan 6 episod sekali dalam satu malam. Ye, marathon drama Nur Kasih. Whenever there's a gathering amon us Malaysians, one of the topic wajib ada tentang Nur Kasih.

Ada Apa dengan drama

Menariknya tentang drama ini ialah ia mampu memberi kesan dan mengubah personaliti seseorang. Daripada seorang yang agak gila2, menjadi seorang yang baik, rajin datang solat dan paling mengejutkan aku, kriteria bakal isteri yang akan dipilih. Kalau dulu antara kriteria yang diperlukan ialah "berwajah kawaii", happy-go-lucky dan open minded. Lepas tengok Nur Kasih, member aku terus tukar ciri2 bakal isterinya. Cari yang alim, berwajah 'manis' and so on. You see. Drama pun merubah seseorang menjadi lebih baik (ofkos lah hidayah hanya datang dari Allah).

Drama juga mampu memainkan emosi dan perasaan penonton. Fakta inilah yang cukup aku tak suka. Tambah2 bila tengok drama (or movie) dengan orang perempuan kat sebelah. Mereka ni mudah terbawa-bawa dengan jalan cerita drama. Bila part sedih je, diorang ni akan senyap. Hiba dan sayu (lah konon). Bila part heroin ditindas oleh watak2 antagonis, diorang akan sama-sama rasa marah dan mulalah menyumpah-nyumpah pelakon tu. Kesian, patutlah ramai artis2 yang perangainya teruk. Mungkin sebab selalu kena sumpah dengan penonton kot..lolz. Drama Nur Kasih pun tak terkecuali. Setiap kali watak Sarah buat perangai, 2,3 hari selepas tu, ramai status facebook atau yahoo messenger kawan2 aku yg akan meng'kondem Sarah'. Bahaya sungguh pengaruh drama ni. Terbawa-bawa sampai ke alam realiti.

Uniknya drama Nur Kasih ni ialah plot drama yang bersifat Islamik. Pelakon utama, Tiz Zaqyah Razak pernah dikritik hebat berikutan tersebarnya gambar2 peribadinya yang langsung tidak mencerminkan wataknya sebagai Nur Amina dalam kehidupan realiti. Gambar berpelukan dengan lelaki di kelab malam contohnya, memang ibarat menconteng arang di muka Tiz. Siap buat slide show lagi kat youtube. Dan pastinya di youtube, kita boleh memberi komen. Maka keluarlah komen2 yang tak sedap terhadap Tiz. Bagi penyokong kipas-susah-mati drama ni, mereka banyak memberi kata2 semangat. Supaya lebih tabah menempuh masa depan dunia hiburan di Malaysia, yang penuh berliku tu. lolz. Itulah mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Tak pakai tudung je, 'pompuan jahat'. Aku bukan nak membenarkan buka aurat. Memang salah kalau buka aurat, tak kira lelaki ke perempuan. Cumanya, masalah dosa dan pahala ni urusan Tuhan. Who are you people to curse other person? Kita hanya disuruh menegur, bukan menghukum.

Crazy Facts

Trend drama di Malaysia juga sudah mula berubah. Kalau dulu, drama di TV3 banyak yang berunsur mistik dan seram. Puaka Niyang Rapik, Jangan Tegur Lagi, Bilik No.13, Kekasihku Seru, Susuk dan banyak lagi contoh2 drama seram TV3 ni. Sekarang, drama2 seperti Nur Kasih yang bersifat 'Islamic' ni sudah mula mendapat permintaan yang tinggi. The series was well received by the Muslim Malaysians with an estimated 3.9 million viewers tuning in each week. TV3 estimated 5 million viewers tuned in to watch the final episode".

"The series was also internationally known by Malaysians around the world, being popular with Malaysian students studying in Russia, America and others. There is even a YouTube video of a parody of Nur Kasih filmed in Philadelphia
". (wikipedia)

Bayangkan, dianggarkan 5 juta rakyat Malaysia menonton Nur Kasih Finale. Sumber: Utusan Malaysia, 27 November 2009.

"Terakhir tapi bukan sedikit", drama korea dan Jepun. Yeah, Malaysia cukup ramai Korean and Japanese wannabe ni. Pengaruh besar tentulah datang dari drama, anime or movie. Dulu, aku selalu jugak layan Japanese drama setiap Ahad, jam 15:00, hanya di 8TV. Sebab, aku memang nak sambung belajar ke Jepun. Dari drama juga, banyak frasa2 dalam Bahasa Jepun yang aku faham. Well, in my case, I've a good reason to watch Japanese drama and learn. What about common people, especially girls. Bila ditanya kenapa minat drama Korea dan Jepun? "Sebab dia beeeeesstttt". "Sebab banyak hotties yang cute (read:menyerupai perempuan)". Because I'm a man, aku tak tau dengan terperinci definisi 'lelaki kakkoii (good-looking)' dan 'lelaki cute' yang biasa dikaitkan dengan hotties2 dari Jepun ni. This is not racism and I never intend to speak about it. Cuma yang buat aku pissed off bila gugurlz yang mendambakan kasih lelaki2 korea dan jepun ni menampal poster2 di dinding bilik, dalam buku sekolah, pencil case, dan banyak lagi tempat2 pelik. Buruk betul perangai bila berangan dapat kahwin dengan mamat2 Korea or Japan tu. Lee Min Ho lah, Kwon Sang Woo lah, Kim Hye Seong lah, kaki2 drama korea ni, esp gugurlz mesti hafal nama pelakon2 lelaki Korea ni. Tak pulak diorang ingat siapa Kim Jong Il ke Lee Myung-Bak ke. Nama2 besar tu. femes lagi. Paling sengal, bila gugurlz ni pergi kat mana2 photo booth, ala yang boleh amek gambar banyak2 tu. Bila posing, mesti dengan gaya manja, mata terbeliak, pipi kembung, kenyit sebelah mata, tu semua contoh2 pose gugurlz ni la. Paling sweet (konon) bila buat lambang 'heart' dengan jari. alaaahhh~. Bila edit gambar tu, letak pulak nama2 lelaki korea. Yang celik IT sikit, edit guna photoshop. Crop mana2 mamat korea yang dia suka, edit letak sebelah gambar dia. Then publish kat pesbuk. "Love you Kim Sam Sung". lolz.

No comments:

Post a Comment

What do you say?・どう思いますか?