Friday, November 20, 2009

Ecology? Save the Earth Campaign? Hypocrisy?

Assalamualaikum w.b.t

Haih~ nak take a rest sekejap. Penat tu translate English to Japanese. It's a tedious work. I know, but it's fun. While trying to practice my Japanese, English yang dah nak dekat 4 tahun tinggal ni aku usahakan jugak untuk ingaktkan balik English 1119 aku ni.


Ok, straight to the story. Hari ni rasa macam nak mengulas tentang ECO. Apa itu ECO? Executive Chief Officer? Tipu. Bunyi macam CEO kan?.. OK, ECO tu just singkatan bagi ecology. Duduk kat Jepun ni memang kita akan jadi penyayang pada alam ni. Kenapa? Kat sini sampah kena asingkan ikut jenis. Lebih kurang kempen kitar semula la kat Malaysia tu. Aku ingat lagi ada 3 warna. Biru, coklat dan oren. Siap dengan iklan lagi. Mana satu kaca ke, plastik ke botol ke jangan tanya. Dah lama aku lupa. Lagipun aku dulu mana la rajin nak menjadi rakyat yang baik ni.. Sama juga kat Jepun. Kena asingkan botol PET (PolyEthylene Terephtalate), botol kaca, combustibles and non-combustibles materials.

Kenapa kitar semula penting kat Jepun? Dan kenapa pelaksanaannya mudah diterima masyarakat? Antara sebab utamanya ialah, kepadatan penduduk Jepun tu sendiri. Menurut perangkaan 2009, penduduk Jepun dianggarkan seramai 127,590,000 orang. Kepadatan penduduk ialah 337.6/km
2 . Maksudnya, dalam setiap 1km2, ada 338 orang Jepun. Agak-agak la, kalau semua 338 orang ni tak ambil kisah langsung pasal recycle ni, dalam seminggu, agak2 berapa banyak sampah bertimbun dalam 1/km2 ye? Mari bandingkan dengan negara tercinta saya, Malaysia. Jumlah penduduk (2009) kirar2 28,310,000 orang. Kepadatan penduduk kira2 85.8/km2. Dalam 85.8/km2, ada dalam 86 orang rakyat Malaysia. Yet, bukan main liat nak buang sampah dengan betul. Ok, I sound like a pengawas in sekolah rendah dulu2 right?

"Hoi Mat! selamba nampak buang sampah tu. Kutip balik. Buang dalam tong sampah tu!"

"Hek eleh Man. Baru sebulan jadi pengawas berlagak ko eh"

"Biar ah. Baik ko buang sampah tu. Kalo tak, aku tulis nama ko, bagi kat Cikgu Zainah nanti.."


OK, cut the crap. Buang sampah betul2 ni common sense la. Orang Melayu cakap ada kesedaran sivik. Kesian DBKL ngan Alam Flora tu. Dah la naik lori kotor, bau jangan cakap la. Sampai tempat buang sampah, ada yang terbarai plastiknya. Ada yang campak, tapi tak masuk, macam2 lagi la. Kena pakcik DBKL yang baik dia angkat jugak, kemas mana2 yang sempat. Dapat 'uncle' yang jenis 'lantak ko la', memang tak diangkatnya sampah tu. Maklumlah, lori DBKL ni tak berenti punya. Stail dia jalan slow2. Lama2 sangat kang kena tinggal. Aku ingat lagi time aku kecik2 dulu. Dari jauh asal dengar bunyi lori DBKL datang (sampai boleh cam bunyi..), mak aku cepat2 suruh aku buang sampah. Kalau terlepas, kena kejar. Malu beb. Kejar lori sampah..tapi xpe, mematuhi perintah ibu bapa.lols.

Sama je cam kat Jepun ni. Cuma kat sini sampah diasingkan mengikut warna beg plastik. Kalau tak asingkan betul2, lepas lori angkat sampah lalu, tercongok la sampah korang kat tempat buang sampah. Nak2 lagi foreign student macam aku ni. Malaysian la katakan.. Dah duduk jauh ni, rindu pulak masakan Malaysia. So, order la dari internet. "Kicap manis cap kipas udang", "Instant paratha" and macam2 lagi produk2 Malaysia ni. Bila orang angkat sampah datang, tengok ada beg sampah yang tak betul, dia pulangkan beg sampah tu betul2 depan pintu umah korang. Maka fahamlah korang yang sampah korang tak diasingkan dengan betul. Nak marah? Ingat sikit. Kitorang ni sama la macam mat2 bangla, mat2 Ind** kat Malaysia tu.

Fakta tambahan: Foreigners in Japan tak dipanggil foreigners. Kami dipanggil Alien.. saya ulang A.L.I.E.N. Kenapa? Dalam bahasa Jepun, maksud "foreigners"dan"alien" ni sama (kanji). Notice the words "CERTIFICATE OF ALIEN REGISTRATION" in the picture above. Sedih kan? Ni bukan 3rd class citizen lagi ni. Ni dah unidentified terus.lolz.

OK, enough with garbage problems. Sekarang aku nak cite pasal harga minyak pulak. "Hari ini kita memerintah, esok harga minyak jatuh". hrmmm, macam famliar je slogan tu kan. Realiti yang berlaku sebenarnya pada hari ini, aku tak rasa harga minyak akan turun selepas ni. Kalau turun pun, mungkin sebab ada even2 besar yang akan jadi. Who knows?

Kenapa aku cakap harga minyak takkan turun2 lagi? Minyak merupakan bahan yang mengandungi unsur hidrokarbon (ada unsur karbon dan hidrogen). Petroleum ni terbentuk daripada proses pereputan fosil2 berjuta-juta tahun dulu. Petroleum yang digali dari laut ni asalnya alga2 atau zooplankton zaman pra-sejarah yang telah melalui pelbagai proses kimia.Untuk membentuk petroleum ni, perlukan masa berjuta tahun. Maknanya, binatang, orang atau apa2 hidupan yang mati sekarang ni, tak sempat pun nak jadi bahan api kereta korang tu. Just imagine, bahan mentah yang penting ni makin berkurang. Tak mungkin harga boleh jatuh, sebab demand sentiasa ada, but the thing is getting lesser.

Dunia sekarang ni sibuk dengan tema green life la, eco-life la macam2 lagi. Korang rasa semua tu berguna ke? Kenapa kita sibuk2 nak panjangkan jangka masa world oil reserves? Untuk apa dan siapa kita save semua tu? Tak hipokrit ke korang rasa kalau korang menyokong kempen2 jimatkan minyak, tapi dalam masa sama tak cuba guna public transportation. Sebab pe? Konon jatuh maruah.

"Tak macho r bro".

"I'm the boss man. You want me to take LRT to my office? You've gotta be kiddi'n me".

Tengok pulak apa kaitan masalah minyak dengan industri filem. Tengok filem Hollywood. Kalau ada aksi high-speed chase misalnya, let's say between the bandits and cops. Kereta yg diorang pakai untuk scene tu bukannya kereta elektrik or solar-powered car. Keta apa diorang pakai? Mercedes, BMW, Ferrari, Bugatti, Lamborghini and so on. Kereta2 ni pulak bukannya enjin 1.3. Mostly 3.0 and above I think. Dengan kata lain banyak pakai minyak. Tu baru 1 take. Kalo fail, mesti ada banyak take. Agak2 la brapa banyak tong habis untuk 1 scene je. Jangan cakap brapa banyak jumlah gas carbon dioxide released to the atmosphere. Nak2 kalau ada scene letup2, scene pakai jet pejuang ke..

Nak tanya sikit, Hollywood tu negara mana punya? Amerika. Negara mana pulak yang bersemangat jalankan kempen save the earth ni? Amerika jugak. Negara mana yang bersemangat nak berperang dengan negara2 lain? Amerika jugak. The point is: They only care to save their own asses only. I don't think they would bother to save the earth. As long as their ships, tanks and fighter jets can operate, that would be enough. Tak adil la macam ni. Takkan la reserve minyak yang tinggal seco'et tu diorang nak bolot untuk filem and war-costs diorang? This is madness!!

Let's slow down the rage tone. Maybe bagi mereka2 yang percaya hidup di dunia ini adalah segalanya, diorang berusaha dan terus berusaha untuk kekal hidup di muka bumi ni. Sedangkan janji Allah, kiamat itu pasti akan datang. Cuma ada satu saja pesan Nabi (S.A.W) dari hadith yang berbunyi lebih kurang: "Jika kamu tahu kiamat akan datang esok, sedangkan kamu masih ada biji benih di tangan kamu, tanamlah ia". Maksudnya, kita digalakkan berusaha sampai ke akhir hayat, semampu yang mungkin. Jangan give-up tengah jalan. Tak salah berusaha untuk dunia selagi akhirat tak dilupakan. Hari pertama bukak kedai, don't expect 100 customers will flock to your store. Islam menggalakkan kemajuan. Bukan hanya beribadah sampai lebam lutut, hitam bawah mata, berlekuk simen bekas sujud. Tak. Ilmuwan Islam dulu kuat ibadah jugak. Di samping jadi doktor, arkitek dsb, dalam masa diorang hafal Al-Quran. Dan, diorang berjaya bukan dalam 1 bidang saja. Ada pakar perubatan dan pakar sejarah. Ada pakar pelayaran dan pakar matematik. Can you be just like them? Sure, there's always possibility. It's up to us.






No comments:

Post a Comment

What do you say?・どう思いますか?