Once again, aku nak tulis tentang satu lagi fenomena yang makin menjadi-jadi di kalangan golongan muda Malaysia. Ya, golongan sebaya aku jugak, tapi aku tak terlibat ok. Lately, aku semakin aktif dalam aktiviti 'dalam-pintu' yang dikenali ramai sebagai 'pesbuk-ing'. And for those yang ada akaun facebook mesti selalu atau pernah menghantar komen2 or stupid invitations or stuffs to your buddies right? Apa yang aku maksudkan dengan tajuk entri kali ini ialah penggunaan bahasa slanga yang berubah mengikut zaman. Agak-agakla kan, kenapa youngsters mesti ada bahasa slanga? Is it one way of communications among them, so that the orang2 tua hardly can understand what they're talking about? Orang muda, biasalah. Baru nak kenal dunia. Macam2 nak try.'Rugila brader. Muda hanya sekali je '.
Do you have what it takes to be among them (youngsters)? Should I make a list what kind of slang they use in their comment or sms or message?
- sayang > cayang > cayunk
- sahaja > saja > je > jew/jewk
- ~lah > le > lew
- engkau orang > kau orang > engkorang/ngkorang > kowang > kowunk
- aduhai > adoyai
- sorry > sori > sowie
- sweet > cweet
- because > coz
- hahaha > wahaha/ahaha > muahaha/miahaha/wakaka/lols/lolz/
- ahaks/ahakz/ahakx
- birthday > bufday
- doww/dowwhh, bai/bhai
- with > wif
- girls > gurlz, boys > boyz
- rindu > windu
- friend > fwen
- dan terlampau banyak lagi (read:beribu2 lemon) untuk aku tulis kat sini.
Itu baru perkataan. What about expression. I know, almost every-Malaysian used the word 'huhuhu' in your sms, messages or comments right? Honestly speaking, sampai ke hari ni aku tak tau bila kita patut gunakan perkataan 'huhuhu' ni. Once I asked my friend and he said:" Entahlah, aku rasa nak menunjukkan kita happy kot". 'kot'. Another Malaysian word which I never knew from where it is derived from. Mengikut pandangan aku la, 'huhuhu' tu lebih sesuai digunakan untuk ekspresi sedih. Menangis contohnya. Bukankah bunyi 'huhuhu' tu lebih sesuai? Ada juga yang kata 'takde maksud tertentu'. Just nak sedapkan ayat, or nak menunjukkan kita (konon2) friendly. lame.
Amacam? Adakah anda faham kosa kata dan struktur ayat 'Bee Em' diatas? Faham? Bagus2. Korang masih layak digelar remaja. Well, itulah realiti sms, komen or greetings most of us youngsters. Bee Em sungguh unik. Ada pelbagai slanga di mana-mana di seluruh Malaysia, and most of us Malaysians could understand it well. Orang Johor contohnya, terlalu femes dengan tambahan suku kata 'ek'. Contoh ayat: 'Lipat kertas tu macam ni ek?'. Kampung aku Johor. So, aku masak sangat dengan perkataan 'ek' ni. Sebagai anak jati Kuala Lumpur (read:kolumpo/ Kay El), KL lah tempat paling banyak menerima pengaruh bahasa baru ni. KL lah katakan. "Gua dok KL la bro (old fashioned read as: brader). Lu ni kampung sangat dowwhhh. Tak urban arrr...".Selain daripada singkatan perkataan2 (yang tak perlu pun disingkatkan) dan mem'Bee-Em'kan Bahasa Inggeris, kowunk juga kelihatan lebih urban jika menambahkan huruf 'r' di setiap hujung perkataan yang berakhir dengan huruf 'e'. Contoh: Dia. Sebutan biasa dibaca dengan ejaan 'die'. Menurut daftar bahasa Bee Em, ejaan rasmi ialah dier. The same goes with mane, kite, kene, bile dan banyak lagi yang saye malas nak tulis. Sile tanye kengkawan anda.
As a normal person, we never satisfied with what we have. Even our name! Hasilnya, ramai Malaysian yang ibu dan ayahnya nama Melayu, dapat anak omputih. Penat mak mengandung 9 bulan. Penat ayah besarkan, didik dengan ilmu. Sampai remaja, dah pandai cari duit sendiri, dah kenal dunia, dan yang paling penting, dah urban, ramai antara kita yang lupa identiti dan asal-usul masing2 kan? Nama melambangkan identiti seseorang (sepatutnyalah). Abu Bakar, nama sahabat Nabi tu. Antara yang dijamin masuk syurga lagi. "Alaaahh. Jatuh ar air muka aku sebagai taiko skolah ni. Panggil aku Burn la. Baru ganas sket!". Mesti faham kan? Korang kan pandai inglish. Ada jugak yang gedik sangat tambah suffix'-chan' kat hujung nama sendiri. Spesies yang memiliki tabiat sebegini selalunya spesies gugurlz yang japanese-wannabe. Nama Syafiq contohnya. Masa zaman sekolah dulu, siapa yang memiliki nama ni mesti digelar dengan panggilan 'pet' atau 'sapeq'. Kalau Hafiz, 'Apes'. Kesian derang (diorang) ni. Tak faham maksud nama sendiri. Kalau tak faham, macam mana nak bangga kan? So, rajin2lah cari maksud nama sendiri supaya kita boleh berbangga and behave just like our name. Mana ada mak ayah dalam dunia ni saja2 letak nama anak yang buruk maksudnya.
Banyak nama2 dalam Islam sendiri memiliki maksud seperti cerdik, pemimpin, hamba yang bersyukur and so on. Omputih kat Amerika and Europe pun, ramai yang memiliki nama2 seperti John, Abraham, Samuel and so on. Kenapa nama2 tersebut begitu ramai pemiliknya? Sebab, nama2 tersebut banyak dijumpai dalam Bible. Ini menunjukkan ramai yang inginkan anak masing2 memiliki sifat2 yang baik. Lainlah George W. Bush, dia memang penyemak dalam dunia ni. Pakar2 psikologi seluruh dunia sendiri turut mengakui. Irama atau melodi yang paling indah bagi setiap insan adalah mendengar nama sendiri disebut oleh orang lain. Nama sebenar ok. Nama gelaran tak diambil kira walaupun nampak lebih urban (konon). Dari sudut agama Islam pun, memanggil nama seseorang merupakan doa. Nama 'Faiz' contohnya membawa maksud 'yang cemerlang/ berjaya'. Kalau hari2 kita panggil dengan nama 'yang cemerlang', insya-Allah jadi cemerlanglah kawan kita tu. Kalau hari2 kita panggil member kita Burn, alamat rentunglah member kita tu satu hari nanti. lolz. ok tipu je. Whatever your name is, tolonglah jangan malu dengan nama sendiri.