14 Ogos 2009,
Penulis bersama rakan-rakan yang sama-sama menuntut di Jepun telah pergi ke Hakodate, sebuah bandar di kawasan selatan Hokkaido, untuk berkhemah. Perjalanan dari bandar Muroran mengambil masa kira-kira 4 jam setengah (terlalu banyak berhenti). Hakodate adalah bandar ke-3 terbesar di Hokkaido. Bandar pertama terbesar ialah Sapporo dan diikuti Asahikawa.
Secara keseluruhannya, alam sekitar di Hokkaido masih lagi terpelihara. Kawasan hutan masih banyak. Hidupan liar juga masih boleh ditemui di sini, terutamanya beruang dari jenis Brown Bear (Ursus arctos yesoensis).

Tempat pelancongan terkenal di sini antaranya ialah Goryōkaku. Ia mula dibina pada tahun 1857. Ia adalah sebuah kubu yang dibina pada akhir perang Boshin, yang menyaksikan tumbangnya kuasa Shogun di Jepun. Sekarang, kawasan tersebut dijadikan sebagai taman awam. Taman ini terkenal sebagai antara tempat tercantik untuk festival hanami di Hokkaido.

Antara yang menarik di Hakodate jug
mcm laporan berita plak ayat2 ko. hehe
ReplyDelete