
Cuba imbas kembali zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Mengapa Jepun mampu menjajah dalam tempoh 14 hari? Kerana mereka mempunyai daya mobiliti yang baik. Mereka menggunakan basikal sambil berperang.
Di Jepun, setiap basikal memiliki nombor siri untuk mengelakkan jenayah kecurian. Macam nombor plat kereta. Setiap basikal perlu didaftar di sisi undang-undang. Seperti gambar di atas, deretan basikal boleh ditemui ditepi jalan. Tiada beza seperti di Malaysia, kecuali di Malaysia penuh dengan motorsikal. Polis di Jepun kerap memeriksa nombor siri mana2 basikal secara rambang. Ada satu kes dimana kawan penulis pernah bertanya kepada seorang pegawai polis, yang sedang mengepung sebuah kawasan kecil, di depan stesen keretapi. 'Cordoned area' tu nampak seperti kawasan kes pembunuhan, lengkap dengan garisan polis (Police line. Do not cross). Bila ditanya,"Kes apa ni encik?".Dengan muka selamba polis tersebut menjawab, "Ada orang hilang basikal".
Basikal di Jepun canggih2 belaka. Semua lengkap dengan sistem gear, lampu dinamo dan loceng. Wajib ada! Harga bermula serendah 5000yen. Ada yang baru, ada juga yang second hand. Kebanyakan basikal memiliki design basikal2 lama (zaman2 perang dulu). Tidak ramai yang menggunakan basikal jenis Mountain Bike. Bagi remaja, basikal jenis BMX masih lagi laku. Ada juga yang menggunakan basikal jenis mudah alih, yang boleh dilipat.
No comments:
Post a Comment
What do you say?・どう思いますか?