Thursday, August 27, 2009

Japan's symbol 3



Pachinko, sebuah perkataan yang asing, langsung tidak melambangkan sebuah tempat. Hakikatnya, di Jepun, pusat hiburan yang berkonsepkan kasino dipanggil Pachinko. Asalnya, pachinko ialah mesin yang digunakan untuk aktiviti perjudian. Di sini, pengunjung terdiri daripada pelajar sekolah tinggi sehinggalah warga emas datang menghabiskan masa. Dari serendah 1yen sahaja, pengunjung boleh menikmati semua permainan yang ada di sini.

Pachinko adalah sah disisi undang-undang Jepun. Aktiviti di sini dianggap separa perjudian dan tidak tertakluk dibawah undang-undang sebagai jenayah. Pegawai polis yang telah pencen kerap dihantar ke sini untuk menjadi ahli lembaga pengarah pachinko, sebagai langkah mengekang aktiviti jenayah. Ini kerana kebanyakan pusat perjudian dimiliki atau mempunyai kaitan dengan kumpulan Yakuza. Pengunjung pachinko perlu membayar 'cukai' (tidak rasmi) sebagai 'ufti' kepada pihak polis kerana membenarkan aktiviti perjudian. Bukti betapa tinggi toleransi pihak polis di sini ialah sebuah kes yang berlaku pada Mei 2005. Walaupun terdapat laporan seorang pengunjung menipu duit sebanyak 60,000$, pihak polis tidak bertindak menutup pusat tersebut, sebaliknya hanya menjejaki penjenayah tersebut.

ETIKA

Aktiviti ini mempunyai etika tersendiri.
  1. Pekerja di situ tidak boleh memberitahu pengunjung di mana mereka boleh menukar token kepada wang tunai.
  2. Menyentuh 'habuan' pengunjung yang lain adalah satu PANTANG.
  3. Pengunjung 'berhak' ke atas sesebuah mesin jika mereka meninggalkan barang-barang peribadi seperti dompet, jam tangan atau handset dalam tempoh yang singkat, atau pengunjung telah memasukkan syiling 500yen ke dalam mesin itu.
MESIN PACHINKO

Sebelum main, pemain perlu membeli bebola besi ( lebih kurang mcm ball bearing tu.. )atau melalui kad prepaid. Biasa bermain 'pinball'? pachinko memiliki sedikit persamaan dengan pinball. Objektif permainan, lebih kurang sama. Bola perlu dikawal supaya memasuki lubang2 tertentu untuk mendapat mata (point) melalui bebola besi yang lain. Ada juga mesin pachinko dalam bentuk digital. Objektif: dapatkan 3 simbol sama serentak untuk mendapat 'jackpot'. Bebola yang diperolehi ini akan ditukar kepada token. Token ini boleh ditukar kepada wang tunai di bahagian lain, yang biasanya di luar bangunan pachinko.

PACHINKO DAN SARA DIRI

Di Jepun, orang2 yang hidup bergelandangan di tepi2 jalan dipanggil 'HOMELESS'. Kebanyakan mereka terdiri daripada warga tua atau golongan pertengahan. Kebanyakannya diisytihar muflis, dibuang kerja atau diabaikan oleh keluarga. Jangan terkejut, ada yang hidup kaya, cukup makan dan pakai tapi sengaja 'nak merasa' hidup sebagai homeless. Untuk terus hidup, kebanyakannya menyara diri melalui pachinko. Bagaimana? Di pachinko, sebutir bebola besi bernilai serendah 4yen. Ada juga 1yen. Bermula dengan sebiji bola, bertambah menjadi banyak. Duit yang diperolehi, digunakan untuk makan dan modal pachinko untuk hari seterusnya.

No comments:

Post a Comment

What do you say?・どう思いますか?