Pada 19-21 Ogos yang lalu, penulis telah mengikuti rombongan lawatan sambil belajar ke Obihiro, Hokkaido. Perjalanan dari bandar Muroran dengan bas mengambil masa kira-kira 4jam. Secara amnya, penduduk di kawasan Obihiro bergiat dalam bidang agrikultur dan industri desa. Obihiro terkenal dengan industri tenusu dan kraftangan penduduk asli, kaum Ainu.
Tasik Akan
Tasik Akan terbentuk daripada aktiviti gunung berapi kira-kira 6,000 tahun lalu.Tasik Akan yang berkeluasan 148 km2 ini merupakan salah satu tarikan pelancongan di kawasan Obihiro. Tasik ini terkenal kerana sejenis hidupan akuatik yang unik, marimo. Marimo (Aegagropila linnaei) juga dikenali sebagai Cladophora Ball, Lake Ball atau Moss Ball. Marimo merupakan sejenis alga yang hanya boleh ditemui di Jepun, Iceland dan Estonia.
Secara keseluruhan, Obihiro merupakan bandar agrikultur, aktif dengan industri tenusu. Alam sekitar disini juga masih terpelihara.
No comments:
Post a Comment
What do you say?・どう思いますか?