Bunga Sakura (Prunus serrulata). Dalam Bahasa Inggeris juga dikenali sebagai cherry blossom. Di Jepun, pokok ini boleh didapati hampir di seluruh negara. Terdapat lebih daripada 305 jenis pokok ini boleh ditemui di Jepun. Selain Jepun, pohon ini juga boleh didapati di Korea, China, Filipina, Britain, German dan Amerika Syarikat.
Bunga Sakura tumbuh pada musim bunga (sekitar Mac hingga Mei ) mengikut tempat. Bunga sakura mempunyai nilai didalam masyarakat Jepun. Sakura melambangkan kecantikan dan daya tahan yang kuat kerana bunga Sakura hanya mekar untuk tempoh masa yang sangat pendek.
Bunga sakura dikaitkan dengan kehidupan yang kekal abadi. Pada perang dunia ke-2, pejuang berani mati (kamikaze) akan melukis imej sakura di pesawat masing-masing sebelum menjalankan misi. Malah, ada yang membawa ranting pohon ini sebagai simbol taat setia tidak berbelah bahagi kepada maharaja mereka. Masyarakat Jepun juga percaya roh-roh nenek moyang mereka dijelmakan dalam bentuk bunga sakura.
Pada musim bunga di Jepun, ketika bunga sakura paling mekar (full bloom), terdapat satu budaya dalam masyarakat Jepun yang dipanggil hanami (花見)yang membawa maksud "festival melihat bunga". Ketika ini, masyarakat Jepun akan berkumpul beramai-ramai di taman-taman atau di kawasan awam yang lapang untuk melihat bunga. Kebiasaannya mereka akan mengadakan parti BBQ. Festival ini dijalankan samada pada waktu siang atau malam.
Di Jepun, hari pertama bekerja, sekolah atau universiti biasanya bermula sekitar awal April, dimana sakura sedang mekar. Simboliknya, bunga ini hanya mekar kira-kira sebulan sahaja dalam setahun. Selepas gugur pada tahun sebelumnya, pohon ini tumbuh seperti biasa cuma tanpa bunga. Pada musim bunga tahun berikutnya, bunga yang tumbuh melambangkan kehidupan yang baru, azam yang baru dan daya tahan yang kuat (selepas mengharungi musim sejuk).

No comments:
Post a Comment
What do you say?・どう思いますか?